Magic Creator

Kenapa DiTubuhkan Magic Creator?
-Kami sedar yang magician Malaysia ada mencipta sendiri magic yang unik dan baik. Justeru itu, kami menyediakan Plateform untuk kami tengahkan bakat anda untuk dikongsi pada seluruh magician Malaysia disamping anda boleh mendapat komisen dari hasil magic anda.

Adakah Anda yang kami nantikan??

Magic Creator , anda mempunyai hak sepenuhnya pada efek atau ciptaan anda, tetapi untuk mengekalkan etika persekitaran yang profesional, undang-undang, semua penyerahan dihakimi oleh panel kami (StreetdeckMagic) sebelum diterbitkan.

Kami berjanji untuk menilai semua permohonan secara adil, Sebagai penyedia platform magici ini, kami berhak untuk meluluskan atau menolak apa-apa magic pada bila-bila masa mengikut Terma dan Syarat kami .

Berikut adalah ciri-ciri magic ciptaan anda yang kami cari:

  1. Keaslian–Dengan menghantar magic anda pada streetdeckmagic , anda memperakui bahawa magic ini hasil daripada inovasi anda sendiri. semua idea-idea yang dinyatakan dalam video anda haruslah dari anda sendiri. Dan sekiranya pergerakan atau idea asal daripada ahli silapmata lain, anda perlu kreditkan kepada ahli silapmata berkenaan.
  1. Kreativiti–Anda mesti menunjukkan keunikan  pada magic anda, tetapi magic seperti simple double lift atau classic coin vanish tidak dikira sebagai magic ciptaan anda. Ia perlu baru, ia perlu menjadi berbeza lain dari yang lain.
  1. Pengeluaran Kualiti —Magic anda mestilah jelas dilihat dalam video trailer. Kami mengesyorkan menggunakan kamera yang mempunyai megapixel yang tinggi, dan kami cadangkan memuat naik video anda dengan lebih jelas dan teratur.

Jika Magic anda tidak dapat dilihat dengan jelas dalam video trailer. Gunakan pencahayaan yang mencukupi dan memastikan video dan audio anda adalah jelas supaya semua orang boleh belajar magic anda dengan baik.

+Kualiti dinilai bukan sahaja kepada trailer anda, tetapi juga pada bahagian penjelasan anda, jadi pastikan kedua-duanya jelas.

Sekiranya ada mempunyai magic ciptaan sendiri boleh terus hubungi kami:

Sertaikan NAMA ANDA DAN VIDEO MAGIC ANDA dan

Email kepada Kami : streetdeck@gmail.com

WhatsApp Kami +6019 365 8674 (StreetdeckMagic)